Friday, June 11, 2010

A Welcome Sight

Berminat dalam seni Folkart...saya menceburkan diri dalam bidang ini lebih kurang 3 tahun lepas. Pembabitan saya dalam bidang ini tidaklah begitu serius memandangkan saya masih bekerja dan hanya berpeluang ke kelas 2 kali sebulan. Dalam waktu tiga tahun itu, kemunculan saya ke kelas lebih kurang seperti biskut chipsmore "Sekejap ada...Sekejap hilang" di sebabkan oleh hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hati seolah-olah amat mendendami masa kerana minat saya terhadap Folkart begitu mendalam..tetapi masa terlalu mencemburui saya...

Akhirnya, lebih kurang setahun lalu...saya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi guru di salah sebuah sekolah antarabangsa setelah bekerja lebih kurang 7 tahun untuk bergiat lebih serius dalam Folkart...

So..all of u....Welcome To My Blog :)





No comments:

Post a Comment